http://www.nuclearcentury.com/ - Glitter Maker

Ahad, 14 Februari 2010

dari kejauhan,
terimbau kenangan silam,
jauh di sudut hati,
aku rindu,
entah mengapa kesayuan dihati ini,
bila mengenangkan masa yang berlalu,
aku terlalu rindu,
entah mengapa ia mengusik jiwa.
..................................................................

sebenarnya, di suatu pagi sedang bermenungan di kaki pintu mata terpandang belukar berhampiran rumah. tiba2 hati direntap terjun dalam kenangan silam. dahulu semak dan belukar saya redah. sekali sekala hutan dan bukit juga menjadi destinasi. kenikmatan berada dalam hutan amat sukar untuk digambarkan. apabila berada dalam hutan anda adalah tetamu kepada pohon2 dan juga haiwan yang mendiami. rimba sebenarnya menjadi terapi kedamaian kepada saya. oleh sebab itu, semasa kecil2 dahulu apabila saya dirundung sedih,rasa rindu atau rasa marah saya sering mendamaikan jiwa di belukar sekitar rumah. namun bila meningkat dewasa saya mula berjinak2 dengan kembara yang lebih mencabar. satu perkara yang paling saya suka adalah aroma hutan, bauan flora amat menyegarkan. terlalu banyak rahsia khazanah rimba. duduk 2,3 hari dalam rimba banyak perkara yang menginsafkan jiwa. manakan tidak, kita belajar tepati waktu solat, walau dalam keadaan serba kekurangan. kita belajar juga erti kesabaran, manakan tidak apabila mendaki memerlukan ketahanan fizikal dan mental. saya ada cara supaya stamina berkekalan. apabila mendaki anda perlu bernafas sedikit2. sambil itu berzikirlah. mata dan kepala hendaklah ditunduk ke bawah, berjalan gunakan hujung jari kaki. itu serba sedikit petua mendaki. itulah kenangan yang saya rindu semasa kebujangan. hmmm bila dah kahwin pernah sekali saya mendaki, tapi ni lain sikit sebab bercouple. bukit tinggi mana pun tak penat, jalan sepanjang mana pun tak letih hehe. bertuah saya bercouple dgn jiwa yang sama. lain kali kita pegi lagi tau bang haha.hmmm sebenarnya saya amat merindukan bauan dan bunyian rimba, harap2 saya blh lagi menikmatinya di masa akan datang. kalo tak dapat, tengok bukit tepi rumah jer lah jawabnya:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan