http://www.nuclearcentury.com/ - Glitter Maker

Ahad, 10 Oktober 2010

Rabu, 4 Ogos 2010

alhamdulillah...
buat kaum keluarga

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

semoga ramadhan ini menjadi tali antara kita

'SERIBU RINDU UNTUK MU'

marhaban ya ramadhan

ramadhan ini,
pengukur nilai diri,
apakah kau senangi,
apakah kau membenci,
hakikat ramadhan,
sirna yang pasti,
membasuh dosa,
mengimbal pahala,
bunga indah dalam duri cabaran,
sejuk damai dalam panas kehausan,
ramadhan ini,
sama bersama kita hadirkan diri,
jiwa patuh memburu imbal,
dari janji Yang ESA zaujatubaid

Selasa, 27 Julai 2010

alhamdulillah

syukur alhamdulillah, diri dah terlepas dari ujian yang menggerunkan. syukur tuhan, alya n ayah alya tq kerna memberi sokongan. lepas ni tak takut dah, ini lah d kata kan pengalaman dalam proses kematangan

Isnin, 12 April 2010

kiri atau kanan

Kiri kanan

Satu

Jerih perit membadai lalu,
Menangisi tiap denyutan,
Melawan tiap kesakitan,
Membawa cairan peledak,
Menghancur segala pemusnah

Dua
Lembut mesra membelai,
Mengalun nada seiring jiwa,
Menanti kunjung redup berawan,
Menginjak rasa serasa bahagia

Jumaat, 12 Mac 2010

selamat pengantin baru


alhamdulillah,

musim cuti dah tiba. lega, blh melayan alya. kepada ayah chik zam selamat pengantin baru (12/3/2010), kepada achik dan faiz selamat pengantin lama hehe. kita alya??? moga alya tak meragam2 nanti kita blh jalan2

Selasa, 9 Mac 2010

kehidupan

penuh timbangan

mana yang baik

mana yang jahat

mana yang cantik

mana yang buruk

mana yang banyak

mana yang sedikit

Ahad, 7 Mac 2010

terlebih rajin

hari ini mula keje, alya dihantar pada pengasuhnya. dtg sekolah dgn begitu semangat. ada sorang cikgu terkejut`ehh, bkn ker esok baru awk mula keje'. hehe kesian alya, mak dah tersilap tarikh. harapnya alya bagik2 dgn ami yer, ptg nanti mak balik ok!

Jumaat, 5 Mac 2010

Ahad, 28 Februari 2010

baru tahu langit tu tinggi

ibu....
baru ku mengerti
hati dan perasaan mu
seorang ibu

setelah kini
aku menjadi ibu
segala perasaan berbaur

ibu,
aku amat menyayangi dan merindui mu

salam kasih
dari seorang anak

Ahad, 14 Februari 2010

dedikasi untuk wan alya afina


alya,
kejernihan wajah mu mendamaikan jiwa,
kau tali pengikat kasih,
kedatangan mu ditunggu,
kehadiran mu dinanti,
doaku,
supaya daku menjadi ibu
yang berupaya mendidikmu dalam keredhaan
alya,
permata dan bunga
hati ayah dan bonda
jadilah dikau
hamba yang taat pada suruhan Nya
alya,
mak dan ayah sungguh menyayangimu

ya Allah,
berilah kami hidayah dalam mendidik zuriat,
tambahkanlah keimanan kami dalam menjiwai
jadikan lah kami ibu bapa mithali
ingin kami menjadi pengantin di syurga
izin kan Ya Allah
dari kejauhan,
terimbau kenangan silam,
jauh di sudut hati,
aku rindu,
entah mengapa kesayuan dihati ini,
bila mengenangkan masa yang berlalu,
aku terlalu rindu,
entah mengapa ia mengusik jiwa.
..................................................................

sebenarnya, di suatu pagi sedang bermenungan di kaki pintu mata terpandang belukar berhampiran rumah. tiba2 hati direntap terjun dalam kenangan silam. dahulu semak dan belukar saya redah. sekali sekala hutan dan bukit juga menjadi destinasi. kenikmatan berada dalam hutan amat sukar untuk digambarkan. apabila berada dalam hutan anda adalah tetamu kepada pohon2 dan juga haiwan yang mendiami. rimba sebenarnya menjadi terapi kedamaian kepada saya. oleh sebab itu, semasa kecil2 dahulu apabila saya dirundung sedih,rasa rindu atau rasa marah saya sering mendamaikan jiwa di belukar sekitar rumah. namun bila meningkat dewasa saya mula berjinak2 dengan kembara yang lebih mencabar. satu perkara yang paling saya suka adalah aroma hutan, bauan flora amat menyegarkan. terlalu banyak rahsia khazanah rimba. duduk 2,3 hari dalam rimba banyak perkara yang menginsafkan jiwa. manakan tidak, kita belajar tepati waktu solat, walau dalam keadaan serba kekurangan. kita belajar juga erti kesabaran, manakan tidak apabila mendaki memerlukan ketahanan fizikal dan mental. saya ada cara supaya stamina berkekalan. apabila mendaki anda perlu bernafas sedikit2. sambil itu berzikirlah. mata dan kepala hendaklah ditunduk ke bawah, berjalan gunakan hujung jari kaki. itu serba sedikit petua mendaki. itulah kenangan yang saya rindu semasa kebujangan. hmmm bila dah kahwin pernah sekali saya mendaki, tapi ni lain sikit sebab bercouple. bukit tinggi mana pun tak penat, jalan sepanjang mana pun tak letih hehe. bertuah saya bercouple dgn jiwa yang sama. lain kali kita pegi lagi tau bang haha.hmmm sebenarnya saya amat merindukan bauan dan bunyian rimba, harap2 saya blh lagi menikmatinya di masa akan datang. kalo tak dapat, tengok bukit tepi rumah jer lah jawabnya:(