http://www.nuclearcentury.com/ - Glitter Maker

Rabu, 20 April 2011

pernah satu ketika
pantai itu damai tanpa dusta
waktu-waktu melaluinya
bagai serasa taman di syurga
ombak yang hadir
tdak mengganas seperti selalunya
langit yang menongkat
tenang dengan birunya
awan berarak tiada selerakan
halus mulus mewarnai
semalam mak merajuk lya
tapi lya buat tak tahu jer
rajuk hati bukan kerana apa
cuma satu pkara yang susah sgt lya nak bagi mak

sensitif sangat...mak alya
nasib lya buat mak tersenyum semula
kalo tak, lya tdur ler sendiri
...................................................220411

Ahad, 10 April 2011

comel

baby dragon ball, siapa dia?
mak kata comel nya...
ayah bilang
hehe mcm dragon ball
baby dragon ball
...maksu pun kata apa agak nya
bila tgk adik mcm tu

Rabu, 6 April 2011

cari akhirat...

dunia ini syukur apa yang dimiliki,
sabar dengan ujian Nya,
tidak takut melainkan pada Nya,
bersedekah ikut kemampuan,
berjihad di jalan Nya,
lapanglah jiwa dalam segala hal

070411

Selasa, 5 April 2011

Isnin, 4 April 2011

demam


Pernahkah anda ditimpa demam dan sakit kepala? saya percaya hampir semua manusia pernah ditimpa demam. bersyukurlah anda sekiranya penyakit ini datang kerana:


1. Dalam riwayat hidup Ubay bin Kaab seperti yang terdapat dalam al-Isabah, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah tentang penyakit yang menimpa seseorang. Baginda SAW telah bersabda yang bermaksud: "Ia adalah kafarah (penghapusan) terhadap dosa seseorang itu.



2. Hadis riwayat Muslim no. 2575, maksudnya: "Janganlah kamu mencela demam kerana demam itu akan menghapuskan dosa-dosa sepertimana api menghilangkan kotoran-kotoran pada besi.


....................Sesungguhnya Rasulullah juga pernah mengalami demam dan sakit kepala..................


zaujatuluaid050411

Rabu, 30 Mac 2011

priayi dan preventif

dalam ego dia berdiri!

tanpa tahunya siapa-siapa yang lain
buta mata, tuli telinga,
senjata bisa menghunus mangsa
merobek rakus
membaham bolos

dalam ego dia sendiri!

tanpa kenal siapa-siapa yang lain
jerit pekik, sergah bingit
darah memburuk nanah membusuk
kata berdusta
tanpa kekira

terpaku semua bentara
membiar seorang priayi
rakus merajai dunia kecilnya

priayi yang preventif
---------------------------zaujatulubaid310311

Isnin, 28 Mac 2011

bercerita tentang buah kasih

bercerita tentang buah kasih

Afina,
keletahmu meruntuh ego sesiapa
senyummu manis semanis nya
hilai tawa mengusik ayah bonda

syukur...
kau adalah anugerah
akan kami jagai
supaya kau tunduk pada Ilahi

Ya Allah berikan kami panduan dalam mendidik amanah Mu

mak ayah sayang alya...

290311smkstaa

doa untuk mu

bangun
ayuhai srikandi
walau sedikit kudratmu
berjuta ummat menanti
hapuskan debu di lubuk hati mu
bersihkan luka di kolam jiwa mu
ku tahu kau begitu parah
kami tahu kau seakan mahu rebah
namun itu akan terkalah
atas semangat jihad mujahadah

srikandi...
harus kau mengerti,
doa-doa qudus mengiringi,
perjuangan mu,
walau sebesar,
engkau menegakkan kalimah Allah!!!

srikandi...
sentuhan kasih Ilahi menanti
jangan biar ia pergi tanpa erti

290311stmaa

kasih tak berhijab

Dia
makin dekat datangnya
benarkah?
Dia yang hadir
atau diri yang mampir
apakah hadirnya satu resolusi
ya... Dia tidak pernah meninggalkan hamba walau sepincing cuma
Ya RAHMAN...
YA RAHIM...
telah aku temu kasihMu
dalam perit dan pedih
yang membawa
bahagia hakiki

290310smtaa