http://www.nuclearcentury.com/ - Glitter Maker

Isnin, 14 Disember 2009

hari2 ku

hari2 yang mdatang,
akan terus datang
hari 2 semalam
akan terus ditinggalkan
ku anyam impian
dalam lipatan kenangan
ku pintal harapan
dalam susunan anganan


ewahhh...
dah lama tak berpuitis sebenarnya,
kerna kesibukan yang mdatang,
teringat pada Dr. Talib Samat,
puisinya tentang kebun buah naga,
lebih kurang ginilah sajak nya,
nak kata sajak tapi ayat nya berbentuk naratif,
nak kata naratif tapi formatnya macam sajak,
seni bahasa sebenarnya mgikut kecenderungan,
org yang pandai bercerpen susah untuk berpuisi,
begitulah sebaliknya

Ahad, 13 Disember 2009

apakah

apakah perasaan ini,
tenang tanpa gelombang,
bagai lautan di keheningan,
mengapakah terasa perlu,
untuk ku berasa gusar,
walau semungkinnya keresahan menanti,
dalam mimpikah aku,
melangkahi hari,
entah bila kan tersedar jua,
menemui perit
menjalani pedih
apakah perasaan ini.......................

Selasa, 8 Disember 2009

udoh letih tido

apa lagi nak saya buat d rumah ini. nak buat kerja semua dah beres. boring juga rupanya 'relax' saja ni. mau tak mau saya buka juga laptop keramat ni. nasib line clear di sini. ohh yer, sekarang saya berada di rumah mertua. malas dan jemu duduk di rumah sendiri di kala badan uzur. hospital terbayang2 diruang mata. hendak tak hendak tempat itu jugalah yang pasti saya diami. dalam keluarga saya antara yang tak pernah berehat di wad hospital, adik, abang dan kakak saya dah pernah. eee macam mana lah agaknya???siapa blh jawab?

Ahad, 6 Disember 2009

malehnya...coverage broadband kawasan ni tak clear. harap yb husni handzalah report pada maxis yer. hehe

Jumaat, 4 Disember 2009

ku tahu kita berbeda
namun tak pernah kau dan aku merasakan nya
perbedaan membuat kau dan aku belajar sesuatu
kau yang mengajar aku erti pengertian
bicara mu penuh hikmah tiap waktu
menimbangtara tentang segalanya
tiada api
tiada ribut
kau dan aku senantiasa dalam pertimbangan
itu adalah kerna kita berbeda!!!

Khamis, 3 Disember 2009

penantian

aku yang ternanti2
kehadiranmu wahai bunga
membuatku tersenyum ber angan terpesona
memiliki wajahmu seraut kasih yang terpadu

aku yang menunggu2
kehadiranmu wahai permata
membuatku gementar mengharungi sakti
membelaimu hingga akhir nanti

aku yang sabar menanti
menyaksikan sebuah anugerah
KAU YANG MAHA MENGERTI

Selasa, 1 Disember 2009

sakitnya kepala...................


hikmah sakit untuk melihat sihat


hikmah sihat untuk melihat penyakit


..........kedua-duanya adalah sentuhan kasih Ilahi