http://www.nuclearcentury.com/ - Glitter Maker

Isnin, 16 November 2009

buat dikau...

ingat kah dikau,
kita bsama
mengharungi suka
meredah duka

ingat kah dikau,
srimaju penyambung kasih
tiket yang ku kejar saban minggu
menjadi nafas ku lelah
namun hatiku berbunga indah

ingatkah dikau,
khar yang menjadi persinggahan
hingga berdesir mendengar sindiran
aku umpama burung mencari hinggap
salah ku juga!

ingatkah dikau,
pada kuda tunggangan kita
ia berbakti tak kira masa
pernah juga dikejar sang durjana
hantu dan petualang kita bisa

aku masih ingat
anak2 yang berlari mendengar derap langkah
kadangkala menyambut kepulangan ku setelah berduka
kadangkala mereka yang membuat ku pening marah menyala

aku masih ingat
dikau yang kadangkala berhati mulia
dan kadangkala berhati murka
setelah aku yang selalu salah bertindak

ingatkah dikau
aku masih ingat
ingatkah dikau
aku masih ingat
ingatkah dikau
aku masih ingat

banyak perkara tentang sana dan kita
(ida, baca ni)

Ahad, 15 November 2009

inspirasi

smlm,
ingatkah dirimu tentang diriku
smlm,
ingatkah engkau tentang aku
smlm,
setahun sudah
ku gembira
bjaya merompak dgn rakus
ku bahagia
bjaya mencuri dalam senyap
aku
aku
aku
kau
kau
kau
setahun sudah
sempurna segala
Rabb izzati!!!

Rabu, 11 November 2009

emas-wanita-benar-baik-bagus

emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas, lelaki diuji dengan wanita

apabila bicara itu adalah perak maka diam itu adalah emas

sesuatu yang baik belum tentu benar
sesuatu yang benar belum tentu baik
sesuatu yang bagus belum tentu berharga
sesuatu yang berharga belum tentu bagus

Selasa, 10 November 2009

jgn biasa meluahkan kata cinta
jgn bisa meluahkan kata rindu
nafsu segala bermaharajalela
si syaitan jahanam sedang menjatuhkan ummah

besar-kerusi

nilai sebuah kerusi,
orang besar-orang besar sgt idamkan sebuah kerusi,
bagi mereka kerusi untuk,
kedudukan
kehormatan
kewangan
kekuasaan
namun,
kerusi untuk orang-orang besar mcm ana adalah,
kelegaan
kenikmatan
keindahan
syukur, alhamdulillah akhirnya ku temui kerusi yang dimiliki oleh cina tauke kedai runcit!!!
terima kasih tuhan, menghantarkan hati si cina untuk mempelawa ku duduk di atas kerusi milik nya

Ahad, 8 November 2009

kini

alur nafasku dahaga kan pjalanan yang sempurna, namun ku tidak mampu untuk memberi nya sedemikian. hari ini, pagi ku ini telah ku zahir kan ketidak sempurnaan. maaf kan aku semua!

Selasa, 3 November 2009

minggu ku,
tiada rehat bagimu
tiada rehlah buatmu
dan aku
dan aku
dan aku
terlalu penat,penat,penat
lelah aku
dalam keributan
jasadku hanya menunggu untuk bersunyian
bantulah hati, fikiran dan badan
tenangkan dirimu
walau dalam kepenatan